salam semua...
hye and good evening to uoolllzzz....
sempat nk menulis sikit malam nii..kecian my stomach, mcm puasa plak hari ni..igtkan ptg xd masak, nk makan terus..tiba2 jew ada hal yang menggangu fikiran, terus dipanjangkan masa hingga ke malam..sorry yea my stomach.....tiba2 aq xde selesa makan ptg tadi..next time, i care about you ok..hehehe
who am i??
aq seorang pendendam ke seorang yg memendam rasa??
seriusly, aq bukan seorang pendendam..kalau nak diikutkan kefahaman pendendam, sudah tentu ramai yang x suka kan aq kan...
kalau memendam rasa...aq rasa mungkin aq memiliki sifat sedemikian...
kita sebagai manusia, takkan lari dari sifat2 semulajadi yg kita miliki sejak kecil..dan tidak mustahil untuk kita memiliki sifat tersebut sehingga ke tua atau kita mengubah sifat tersebut...apa pendapat korang?
aq sifatkan diriku sebagai seorang yg memendam rasa tetapi aq tak pernah berdendam dgn sesiapa...kalau tidak, x kan ku buat blog utk ku sendiri...aq jadikan blog ini sebagai hati dan jiwa untukku lepaskan perasaan...tidak kira laa perasaan marah, benci, sedih atau gembira...
mungkin sesetengah orang suka bercerita kepada orang lain tentang hal2 peribadi atau apa2 perkara yang berlaku dalam hidup mereka kan..tetapi...sebaliknya berlaku kepadaku...
aq x pernah ceritakan apa2 yg terjadi dlm hidupku kepada orang lain secara face to face terutama sesuatu yang mengecewakan hidupku sendiri...
tak semua aq pendamkan dalam hati...sesetengah boleh diceritakan kpd family, sahabat atau sesiapa shj yg rapatkan dgn diriku....
kadang2 apabila aq terlampau marah atau sedih, aq akan memendam rasa dlm hatiku yg sangat dalam...ketika itulahh semua benda akan merasuk fikiranku...aq nk teriakkan kpd semua org ttp apa laa dayaku..aq bukan jenis yg sedemikian rupa...
yg menjadi masalah ku dari kecil sampai laa skrg adalah cepat terasa atau sensitif...
kalau hal yg remah temeh, mmg laa tidak..tetapi kalau melibatkan hati, mmg aq nk hindari...
yg paling aq x suka sejak kecil.....baru je abahku nk angkat rotan, aq dh menangis...ish3
cepat sgt menangis rupanya aq nii...hati aq ni kadang2 keras dan kadang2 lembut...
apabila sampai tahap yg keras, memang sukar utk aq mengeluarkan air mata tetapi apabila sampai tahap yg lembut, mudah sangat mengalirkan air mata..
kadang2 aq terfikir, kenapa laa aq mudah menangis...
kebiasaan berlaku biasanya semasa aq kena marah atau kena tengking...
masa tue laa..hatiku mula terasa pedih....dan apabila pedih, ia akan terus pergi ke otak..
dan akan memberi kesan yg sgt dalam...
dan aq x nafikan perkara ini sering terjadi kpdku sejak kecil lagi..dan sampailah sekarang..
mungkin ramai yg xtahu...family aq sendiri pom belum tentu tahu..aq kan seorang yg memendam rasa...
pernah aq terfikir..kenapa laa hati aq ni selembut cmni...kenapa x jadikan hatiku keras mcm batu..?
tak kira mcm mane sekali pun orang sakitkan hati kita, ia xkan memberi kesan kpd hati jika keras jew...xperlu sgt memikirkan perasaan orang kalu hati mcm batu...kita sendiri pun tentu akan buat hal sendiri jew...xpayah fikir hal orang lain...
lumrah semulajadi...hati perempuan ni lembut dan mudah tersentuh walaupun hanya perkara remeh temeh atau perkara kecil jew....dan sekarang aq menerima diriku seadanya..mungkin ada sesetengah orang tidak suka dgn sifatku ini...tetapi tidak semua dan ada yang masih sudi menerima diriku ini seadanya...aq pom xtahu dan hanya Allah sahaja yg tahu..
sebab itu aq jadikan blog aq utk menulis hal2 yg terjadi disekelilingku...sebarang hal yg melibatkan hati, dan sebarang benda yg menyakitkan hati....aq jadikan blog sebagai luahan hati sebab aq taw aq xmampu utk ceritakan kt sesiapa pun..dan aq xmampu utk berterus terang di depan sesiapa pun..
mungkin aq mampu utk menjadi seorang listener atau pendengar yg baik kepada orang lain..tetapi aq xmungkin mampu mencari listener yg baik utk diriku sendiri...
kadang2 aq xsuka memendam rasa, sebab lama2 aq akan terkenangkan balik..dan mataku mudah sgt mengeluarkan air...aq xsuka menangis tetapi aq nk wt macam mane..kalau aq boleh hindarkan..dh lama aq hindarkan perkara ini dari terjadi...
aq cuma katakan pada diriku..
kita mesti jadi kuat utk diri kita sendiri..orang lain tak mungkin akan ambil berat terhadap diri kita 24 jam...dan harus jadikan diri kita seorang yg mampu bertanggungjawab terhadap apa yg kita telah buat atau alami..
kita yg mencari masalah, justeru, kita jgak laa yg akan selesaikan..
dan jikalau menangis itu satu2 nya cara utk aq melepaskan perasaan, aq harus menangis...
jika aq biarkan ia berpanjangan, mungkin akan memudaratkan aq dikemudian hari...tiada siapa yg tahu apa yg akan terjadi di masa depan..
dan aq selalu ingatkan kepada diriku sendiri..
sedalam manapun cinta kita terhadap seseorang, jangan melebih cinta terhadap ALLAH..
sebab aq yakin...seseorang akan sering menyakitkan hati kita tetapi ALLAH xkan pernah menyakitkan hati kita malah mengubatkan hati kita untuk selama-lamanya...
tetapi hati kita tiada siapa yg tahu..selemah-lemah mane pun, sekuat-kuat mane pun, tiada siapa yg rasa melainkan diri kita sendiri...dan aq yakin semua orang merasakan hal yg sama..
mudah untuk berbicara, tetapi tidak mudah utk merasanya sendiri...
sebelum tido, sama2 laa kita muhasabahkan diri kita yea...
p/s : i feel calm when i start to write....
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...............
1 comment:
hihi..tulis byk2 lagi
Post a Comment