Pages

Wednesday, 4 July 2012

nisfu syaaban

salam semua...

di kesempatan malam ini, iaitu 4 julai 2012 bersamaan masuknya 15 syaaban...
sama2 laa kita membuat ibadat walaupun sekejap..
lepas mgrb xd korang baca yassin x??
seelok-eloknya dan sebagus-bagusnya korang buatlah bacaan yassin sebanyak 3 kali lepas mgrb xd..
lepas mgrb xd kita dh masuk 15 syaaban iaitu malam nisfu syaaban..
yg mengandungi banyak manfaatnya..
jarang2 sekali kita akan menemui malam ini..

selepas bacaan 3 yassin tersebut korang memohon laa 3 perkara dlm setiap doa :

1) bacaan pertama mohon dipanjangkan umur dalam kebajikan

2) bacaan kedua mohon dimurahkan rezeki yang halal

3) bacaan ketiga mohon iman yang sempurna ketika mati kelak 


dan sebagai perkongsian bersama, aq terjumpa beberapa perkara di bawah....






::~>UNTUK PERKONGSIAN DAN PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI<~::


“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”


Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :


Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.


Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. 


“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”


Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib)



oleh itu, sama2 laa kita berpuasa esok hari yea...hehe.
Insyaallah...semoga semua dipermudahkan semua..
dan sama2 laa kita berkongsi ilmu yeaa kwn2 semua....



daaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................

3 comments:

Siti Sakura said...

nice entry. i like ur blog,keep it up sis! :)
jom la mlawat blog sy skali,sy pn msih bru lg.hehe
anyway thanks ^_^

kaki bola said...

salam nisfu syaaban.

diyana mn said...

siti sakura : thanks yea..6t sy bw jgak

kaki bola : slam nisfu syaaban