Pages

Thursday 20 October 2011

Pemuda yang ikhlas dengan CINTA

salam semua.....

Malam ni aq terjumpe 1 story yg nk di ceritakan dan dikongsi bersama...terharu sedetik setelah membaca crite ni walaupun bkn aq yg mencoretnye...hehehhe....masih terjadikah perkara seperti ini di dunia yg realiti???? sama2 kita menghayatinya.....






Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yg sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita . Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yg ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat"

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dgn gadis itu. Bbrp hari kemudian , si jejaka mendapat balasan drpd gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju utk berkwn dgn si jejaka tersebut.

Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan. Pershabatan mula berukar kpd perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu dgn si gadis misteri dan begitu juga dgn si gadis. Walaupun kedua-duanya masih belum melihat rupa masing2, tetapi perasaan syg tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dgn si gadis kesayanganya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi , "Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih syg padaku, kita berjumpalah di stesen keretaapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Setelah itu izinkanlah aku membawamu utk makan malam dan bertemu org tuaku."

Maka pergilah jejaka ke medan perang dgn tenang setelah mengutuskan surat itu.....

Beberapa bulan kemudian............

Pada hari pengumunan perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretaapi yg dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tanganya. Diperhatikannya seorang demi seorg gadis yg berada di stesen keretaapi itu sekiranya ada yg turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorg gadis yg agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorg. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kpd si gadis dan berkata , "Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku utk mkn mlm bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar2 lagi utk bertemu dgnmu." kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, " Aku tidak tahu apa yg terjadi. Tetapi ada seorg gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu org tuamu."

-------------TAMAT---------------


berapa ramaikah manusia yg sesuci hati jejaka ini?? dia melihat kpd hati dan bkn kpd rupa. dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kpd perasaan syg walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah catrina. masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda ini??

sama2 laa kita menghayati bersama-sama kisah si jejaka ini.






daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........................

2 comments:

zety said...

terharunye..
zaman sekarang rasenya macam tak ade atau sangat jarang untuk jumpe orang macam ni.

jiha said...

dah jarang nak jumpa orang yang macam ni..tapi tetap ada kat luar sana..

;)