salam semua...
terkadang kita terfikir:
adakah kita bertemu dgn orang yg salah??
teman sekerja yg tak 'ngam'?
kwn2 sekolah atau universti yg tdk bleh nk buat geng study?
housemate yg menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata2 yg pedas, dan sebagainya)?
ataupun kekasih yg tiba2 dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik-beradik, keluarga yg tdk boleh fahami perangai mereka?)
(ingat, entry ini bukan hanya utk cinta2 shja, okey??)
kerana hakikatnya kita akan bertemu dgn ramainya manusia yg menjengkelkan hati kita dan sgt sukar utk kita bersama dgn mereka.
pelbagai ragam dan kerenah manusia yg dapat kita temui di dunia ini.
kerana berlainannya manusia itu adalah utk apa....
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami
menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang
yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal." -
[Al Hujurat: 13]
untuk lita'arafu..
utk berkenalan, utk mengetahui, memaknai manusia lain
utk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain
utk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain
namun, tentu kita akan bertemu dgn manusia yg tidak serasi dgn kita serta berlainan segalanya
sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah utk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim
walaupun diri kita dgn dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah....
dan kita bertny, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
di situlah, kita kena sentiasa berusaha utk mencari titik persamaan....
kita takkan pernah bertemu dgn org yg salah
takkan!!
kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita
setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yg terbaik buat kita
dan setiap manusia yg kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita
walaupun byknya kejengkelan hati kita pada dia
namun, tentu sebenarnya mereka yg 'salah' itu sendiri byk mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sdri'
bukankah seorg musuh itu terkadang lebih jujur drpd seorg sahabat sejati, yg dipetik dri kata2 hikmah Arab
setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
utk kita belajar sesuatu darinya
tak pernah kita bertemu dgn org yg salah...semua yg kita temui adalah stesen2 perhentian utk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan
percayalah, kadang2 di awal pertemuan akan byk berlaku perkelahian, salah faham dan ketidakseragaman
namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yg jernih
kerana kita pada hakikatnya, punya hati yg satu, matlamat yg satu, dan tentu cinta yg satu, hanya kpd Allah
ikatan hati manakah lagi yg paling kuat selain Allah??
kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidakserasian, kembalilah semula kpd apa yg akan dpt menyatukan kita
itulah dia Allah...
kerana dihitung perbezaan-bezaan, mmg akan semakin menjadikan hati kita jauh
namun, those does not matter, sbb Allah shja yg membinakan hati kita Insya-Allah And He Knows best...
bersabarlah, dan teruslah berdoa...
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yg terbaik buat kita, jika kita benar2 yakin akan Dia...
p/s: entry ini sy terjumpe dlm iluvislam...sy tulis semula kerana ayatnye sungguh menarik hati utk sy tlis smula...arap reader2 semua enjoy yea..hehehe
daaaaaaaaaaaaaaaaaa.....