Pages

Saturday 6 August 2011

hari-hari yang diharamkan berpuasa

Salam semua....



Sekarang dh msuk bulan puasa iaitu bulan ramadhan al Mubarak, bulan yg penuh keberkatan. Di kesempatan ini blog kaki mengarut ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan berpuasa 30 hari dengan penuh yea...hehehe

Kali ini, aq ingin mencoretkan serba sedikit berkaitan dgn puasa...

HARI-HARI YANG DIHARAMKAN BERPUASA

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:
1.  
 ---------Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya’aban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud:
“sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w”

2.   -----hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 syawal dan 10 zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari abu hurairah r.a yang bermaksud:
“bahawa rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya aidilfitri dan hari raya aidiladha”

3.   -----hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada imam muslim dalam sahihnya daripada nabi s,a,w yang bermaksud:
“hari-hari mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t”

4.  ---- hari haid dan nifas

5.   ----ulama’ mazhab syafii berpendapat adalaha haram berpuasa pada separuh akhir bulan sya’aban yang mana ada di antaranya hari syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari isnin dan khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 sya’aban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada’ atau fardhu  ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas sya’aban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari sya’aban 



 oleh itu, sepanjang bulan ramadhan ini, sama2 la kita berpuasa dengan melipat kali gandakan imam  serta pahala yang melimpah  ruah. janganlah kita membazirkan bulan yang dibenarkan utk berpuasa ini dengan perkara2 yg tidak berfaedah... 

selamat beramal di bulan ini dengan hati yg ikhlas...



daaaaaaaaaaaaa.....

No comments: