Pages

Wednesday, 27 July 2011

posting! posting! posting!

Salam semua...



Wauuuuuu.....ni dh mingu ke 2 kaki mengarut posting as a student nurse taw utk taun 3..hehehhehe....bez  jgak wlpom msih lg posting kt klinik...tggu bulan pose bru laa posting kt wad...yg semestinya sgt bz..huhuuh...

Sgt bz smpai bru skunk leh mengarut kt cni...sgt2 mlas sblm nii...skunk bru rasa bosan,,trus post sumtim..hehhehe...mingu 1 ari 2, posting kt klinik O&G n wad 1 berlian...bez sgt dpt rasa pengalaman yg bru especially di wad 1 berlian..

Wad 1 berlian merupakn wad bersalin...sgt menerujakan wad tuee...dpt tgok org bersalin scra live dlm seumur idup..nasib baek jd student gak..bleh merasainye..hehehhe...bkn sekadar dpt tgok bersalin secara normal..malah bleh msuk dlm blik bedah apabila seseorg ad msalah utk bersalin scra normal yg dinamakn caesarean section (c-section)...sgt seronok....depan mta tgok pembedahan...wau wauwauwauwau...hehehhe....mne penah msuk taw sblm ni blik bedah...seronok sgt2 wlpom berdebar jgak pertama kali...hihihi

Klinik O&G pom bez jgak taw....byk sgt penyakit berkaitan nga prmpuan....bleh laa tmbh2 pengetahuan ckit berkaitan nga kesihatan wanita...heehe...amat2 berguna kpd sy sbg seorg prmpuan...hihihi

Dan skunk mingu ke 2..posting kt klinik KRK (klinik rawatan keluarga) da KPP (klinik pusat perubatan) plak...kt cni, mcm klinik biase jew..menerima pesakit yg mengalami masalah dlm medical...

Hurmmmm...ad 12 mingu lg kna prktikal..kna kuatkn smgt ckit terutama nk pose nii..kna laa prktikal dlm pose kn..huhu..xpe2..ad hikmat itu smua...heheheh...arap2 sgt dpt berjasa kpd smua pesakit..

Aq arap sgt2 kt member2 ku y glen...slamat menempuh alam praktikal yea...semestunya smua mental n fizikal kna bertahan...mne yg kna mrah kew, wt biase jew..lumrah menjadi seorg student nurse..xkna mrah, bkn student nurse nma nya..hehhee

Yg penting kte kna taw yg mne 1 tugas kte..so, sma2 laaa bersatu aty dlm menempih ini semua..hehehhe

Setakat tu jew kot mlm nii...



daaaaaaaaaaaaaa

Thursday, 21 July 2011

CINTA SANG MARIKH & SANG ZUHRAH


Salam semua.... 


Hari ini, saya ingin memetik analogi yang menarik berkenaan cinta daripada John Gray yang menceritakan mengenai ketidaksamaan ini. Secara  analoginya, lelaki berasal dari planet Marikh, manakala wanita pula berasal dari planet Zuhrah. Sebelum  ini mereka hidup dalam puak masing-masing. Mereka  ditakdir berjumpa dan akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain. Tarikan  yang wujud dan kepercayaan bahawa mereka mampu bahagia telah membuatkan pasangan ini mengambil keputusan untuk hidup bersama. 

Mereka  kemudiannya mula hidup sebagai pasangan dan membina kehidupan yang bahagia di bumi. Sedikit  demi sedikit mereka berusaha membina keluarga bahagia yang diingini. Setelah  menetap lama di bumi, mereka mula melupakan asl usul kisah mereka sendiri. mereka lupa bahawa mereka sebenarnya berbeza antara satu sama lain. Mereka  adalah berlainan sejak awalnya kerana datang dari planet yang berbeza. Perkara  ini seterusnya mencipta konflik,. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah sama satu sma lain. Namun begitu yang pasti, tanggapan mereka salah.

Sang marikh mahu dirinya difahami. Tetapi bahasa cinta ini tidak dapat difahami oleh sang zuhrah. Sang marikh cuba menjauhkan diri untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Kelakuan yang dilakukan oleh sang marikh membuatkan sang zuhrah menyangka bahawa pasangannya telah berubah. Begitu juga yang berlaku pada sang zuhrah. Kod yang ada padanya membuatkan dia mahu selalu ditemani. Dia mahu sang marikh sentiasa bersamanya. Namun begitu, sang marikh bertindak  membiarkannya keseorangan apabila sesuatu masalah berlaku. Sang marikh percaya bahawa dengan membiarkan sang zuhrah untuk sementara waktu akan memberi ruang dan kelegaan kepadanya. Tetapi anggapan sang marikh silap!

Jangan lupa perbezaan kita!

Kita selalu membuat kesilapan bahawa cara pasangan kita berfikir, bertindak adalah sama seperti kita. Kita menyangka bahawa cara mereka bercinta adalah sama seperti kita  bercinta. Kesannya, apabila pasangan kita melakukan sesuatu tabiat yang berlainan dengan tabiat ‘normal’, membuatkan kita berfikir bahawa terdapatnya masalah dalam hubungan itu. Sebenarnya adalah tidak!

Bahasa cinta sang zuhrah adalah tidak sama dengan sang marikh. Sang marikh merupakan seorang yang suka menyendiri apabila terdapat masalah. Apa yang diperlukannya  adalah  ruang untuk berfikir sebelum kembali kepada sang zuhrah berbanding sang marikh. Dia mahu ada orang di sisi untuk membelainya dalam proses memenuhi kod emosinya.

Tetapi, disebabkan kegagalan untuk memahami bahasa cinta yang berlainan, mencetuskan konflik. Sang marikh sentiasa menyalahkan sang zuhrah kerana tidak memberi ruang padanya. Sang zuhrah pula menyalahi sang marikh kerana sang marikh sering tidak ada dan  meminggirkannya. Pergaduhan berlaku dan akhirnya berlaku kes lebih teruk lagi iaitu perpisahan. Hal ini gara2 sang zuhrah dan sang marikh lupa pada asal usul pasangan dan diri mereka. Mereka menganggap diri mereka adalah sama tetapi sebenarnya berbeza disebabkan datang drpd planet yang berlainan.

Kesimpulannya, jangan dilupakan prbezaan yang ada pada dri. Kita adalah unik dan sudah tentu cara pemikiran adalah berbeza. Namun begitu, ianya dapat difahami dengan memahami bahasa cinta pasangan. Satu nasihat yang dikongsi oleh John Gray adalah sentiasa mengingati kita adalah berbeza..

Daaaaa.........  

Saturday, 2 July 2011

MICROTEACHING origami kucing !!!!!


salam semua.....
 
tadaaaaaaaaa.....hehhee...lma x mengarut kt cni...asgmnt bertimbun kot...
arini rasa nk tlis sumtim laaa....bbrp ari yg lpas, aq bru ciap 1 presentation yg d nmakn microteaching,..taw x pe mksd microteaching?? alaaaa pembelajaran mcm jd ckg kew, jd tukang masak kew, jd pengurus kew n lain2 laaaa..tp yg penting anda kna mengajar..huhu..ni laaa kelemahan aq sejak dlu lg...mne sesuai aq jg pengajar kot..hehe.ok skrg tgok pic pe kt bwh ni erkk...

contoh2 origami kucing yg aq telah ciapkan...




arini aq akan ajar bgmana nk wt origami kucing..hehehe
first, sediakan bahan2 nyer....

1) hanya perlu sediakan 2 helai kertas segi empat sama dan sebatang pen
1 kertas untuk dijadikan kepala dan 1 lg untuk dijadikan badan kucing

2) lipatkan kertas menjadi segitiga sama untuk menbuat garisan halus di tengah2.....kemudian
lipat bahagian bawah bucu kertas ke bahagian tengah

3) balikkan kertas dan lipat kecik di bahagian atas 

4) seterusnya lipat kertas ke bahagiab atas 

5) temukan bucu kertas kedua-dua sisi ke bahagian tengah 

6) lipat bucu kertas untuk dijadikan telinga kucing 

7) terbalikkan kertas tersebut 

8) lukiskan mata dan mulut kucing mengikut kreativivti anda  

9) kemudian teruskan dengan bahagian badan kucing menggunakan kertas 1 lagi.
lipatkan kertas ke bahagian tengah 

10) lipatkan kertas menjadi satu bahagian yang tajam 

11) seterusnya, lipat bahagian bucu yang tajam ke bawah 

12) bukakan bahagian yang telah di lipat ke atas

13) kemudian, lipat kembali bahagian bucu yang tajam ke bawah 

14) rapatkan kedua-dua sisi untuk dijadikan ekor.
kemudian terbalikkan kertas ke bahagian atas 

15) akhir sekali, sambungkan bahagian kepala dan badan kucing 

16) jadilah origami kucing untuk dijadikan hiasan 
  sekarang dh ciap origami kucing....anda rasa nk belajar..tgok2 jelaaaa....juz a simple method jew..
hanya mengambil masa bbrp minit jew...
anda bleh wt dgn menggunakan pelbagai kertas warna yg menarik..
hnya utk berkongsi idea sje kt cni...jika menarik..bleh laa jdkan ia hiasan kt blik korang semua yea..hehehe

sekian sje utk kali ini...

daaaaaaaaaaaaa.....